icon-search
icon-search
  • 2.jpg

Iqra Ilmuwan Jilid 1-6

RM 10.20
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku Bacalah Iqra’ Ilmuwan ini adalah untuk memudahkan dan membantu pelajar belajar membaca Al-Quran sesuai dengan lahjah arab. Diperkenalkan dengan cara bacaan makhraj huruf mengikut tatacara baris seperti fathah, kasrah, dhommah, tanwin dan juga sukun, tanda sabdu atau tasydid, hukum mad, wakaf dan juga penerangan tentang hukum tajwid secara ringkas.

Bermula dengan sesi pertama Iqra’ 1 dengan mengenal huruf dan tanda baris fathah terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan Iqra’ 2, bemula dengan bacaan huruf sambung dan juga kaedah panjang dan pendek pada bacaan.

Seterusnya Iqra’ 3 memperkenalkan tanda baris 2(tanwin) dan juga tanda sukun. Disambung ke peringkat Iqra’ 4 menekankan kalimah dan ayat yang mempunyai huruf Qalqalah dengan bacaan yang lebih jelas.

Dalam Iqra’ 5 murid ditekankan tatihan praktikal daripada Iqra’ 1 hingga 4, dan latihan membaca sebahagian daripada ayat Al-Quran. Jilid 6 adalah peringkat terakhir bagi murid diperkenalkan dengan tanda wakaf dan sebahagian huruf-huruf awal surah.

Mudah-mudahan buku Iqra’ Ilmuwan ini dapat menjadi panduan kepada semua golongan bagi memudahkan untuk mempelajari Al-Quran dan membenihkan cinta kepada Al-Quran dengan mengamalkannya didalam kehidupan.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.